Sabtu, 30 Januari 2010

MENGAPA STORMREADERS?

Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, berbagai cabaran baru timbul dan manusia perlu menghadapinya. Tambahan pula peningkatan bahan api telah mendedahkan mereka kepada kenaikan keperluan asas dan taraf kehidupan tanpa kawalan.

Menghadapi situasi ini jalan pintas menghadapi konflik ini, muslim tidak terkecuali perlu membuat keputusan, untuk mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat. Kemunculan berbagai skim perniagaan termasuk skim cepat kaya yang telah diharamkan merupakan suatu isyarat kepada kecenderungan masyarakat menghadapi situasi ekonomi ini. Cuma bagi seseorang muslim, hendaklah dipastikan supaya penglibatan dalam skim perniagaan moden ini adalah sah dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari perspektif Islam.

Islam secara dasarnya meletakkan beberapa prinsip bagi menjadikan sesuatu kerja yang dilakukan bertepatan dengan syarak dan sekaligus dinilai sebagi ibadah, iaitu niat yang baik, perlaksanaan yang selari dengan kehendak syarak,natijah yang dihasilkan adalah baik selain dari larangan meninggalkan kewajipan-kewajipan yang asas dalam kerja-kerja yang terlibat.

Sebagai sebuah syarikat Islam yang prihatin kepada perkembangan semasa melibatkan umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd diwakili oleh Stormreaders merasai kepentingan mewujudkan rangkaian perniagaan baru yang jauh dari penganiayaan golongan tengah. Plan perniagaan yang dibangunkan ini secara dasarnya berdiri di atas prinsip yang dinyatakan Allah dalam al-Quran : Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan …

Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.

Sebelum meneroka perniagaan ini TBSB telah pun mengadakan kajian yg mendalam selama lebih dari dua tahun termasuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan serta mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan golongan yang ahli dalam bidang mu’amalah syar’iyyah semasa dan ahli undang-undang serta ekonomi serta mereka yang berpengalaman mengendalikan perniagaan MLM. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain dari mempastikan ia bertepatan dengan prinsip muamalat Islam.

Bagi mempastikan aktiviti ‘network’ ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Stormreaders turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang di peringkat awal.

Stormreaders meyakini bahawa kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam disebabkan kekurangan ilmu dan kekangan ekonomi , justeru produk yang difokuskan adalah berupa ilmu yang murni berpandukan buku-buku yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing . Mudah-mudahan dengan usaha yang dibayangi dengan ukhuwwah dan persahabatan Islam ini dapat menamatkan pergantungan setiap ahli pada orang lain.

Malah lebih dari itu plan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari , ia juga bertujuan melahirkan golongan elit muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagian dan keharmonian rumahtangga akan lebih dirasai.

Golongan dalaman yang akan sentiasa dinyalakan kelahiran Stormreaders juga disasarkan untuk merealisasikan kelahiran generasi yang teguh prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Storm Readers turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan bagi mempastikan setiap ahli

Ayuh ! sematkan dalam hati sanubari anda, bahawa dengan menyertai plan ini anda sebenarnya ingin memperbaiki gaya berfikir anda,memotivasikannya,meningkatkan ilmu,mengamalkan petua-petua dan doa-doa yang terdapat dalam amalan Nabi s.a.w,menjalin hubungan kekeluargaan yang lebih bahagia,berdakwah kepada orang lain,menjadi penasihat dan pembimbing kepada hidup yang lebih berkualiti…intipatinya adalah seruan Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat !" ( Riwayat al-Bukhari )

Selamat Berjaya !

Plan perniagaan ini juga bertujuan ke arah melahirkan usahawan muslim yang mampu hidup mulia berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain selari dengan pujian Nabi terhadap Nabi Daud a.s yang hidup mulia kerana bekerja sendiri. dan berjati diri serta mampu melakukan anjakan paradigma memperbaiki mentaliti kebergantungan kepada orang lain tanpa mengembangkan kemampuan diri yang sebenarnya.

Isnin, 25 Januari 2010

Pengenalan

Download:
FLVMP43GP

Download:
FLVMP43GP

Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran Perniagaan Stormreaders Network Sdn Bhd

Pengenalan

Stormreaders Network Sdn Bhd memasarkan produk-produknya yang berbentuk bahan-bahan ilmu yang bermanfaat melalui Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM Affiliate Program). Program ini secara tidak langsung akan menggalakkan pertumbuhan usahawan melalui perniagaan secara online dan rangkaian.

Keahlian

1. Keahlian boleh diperolehi melalui pendaftaran dengan yuran keahlian sebanyak RM90 sahaja. Dengan keahlian ini ahli akan memiliki:


  • Kad Keahlian = RM30 (tahunan)

    • Insuran Takaful RM20,000

    • Khairat Kematian RM3,000

  • Sistem e-Net & Laman web e-store peribadi = RM30 (tahunan)

  • Kit Permulaan Perniagaan = RM30

2. Setiap ahli yang telah mendapatkan keahlian akan memiliki sebuah laman web e-Store yang lengkap dengan produk-produk dan sedia untuk menerima tempahan secara online. Ahli perlu membuat promosi untuk peniagaan ‘online’ miliknya dan seterusnya menjana pendapatan melalui komisyen dan bonus jualan e-Store.

3. Ahli mempunyai pilihan untuk bergiat dan menyertai rangkaian pengedar sebagai ‘Rakan Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi produk dan mengumpul nilai mata sehingga 100CP (RM300) dan seterusnya melayakkan diri untuk membina rangkaiannya sendiri.

4. Ahli akan maju ketahap ‘Pengedar’ dengan membuat penajaan ‘Ahli’ dan ‘Rakan Pengedar Baru’ dan seterusnya menjana pendapatan tambahan melalui komisyen dan bonus rangkaian.

5. Ahli perlu mencapai jualan bulanan minima bernilai 20CP (RM60) untuk terus kekal aktif di dalam rangkaian.

Jenis Pendapatan

Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang telah disediakan oleh Stormreaders Network kepada ahli-ahli:

1) Komisyen harian jualan e-Store peribadi,

2) Bonus harian jualan e-Store rangkaian tajaan ahli,

3) Bonus e-Store Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan eStore Global.

4) Komisyen harian Jualan Peribadi,

5) Bonus mingguan Jualan Kumpulan

6) Bonus bulanan Jualan Rangkaian Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan bulanan Rangkaian Global.

7) Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan

8) Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan Global

9) Tabung Umrah dan pelancongan.

Penerangan Untuk Setiap Pendapatan

1. Komisyen Jualan e-Store Peribadi (20% nilai jualan)

1.1. Ahli membuat dan melengkapkan aktiviti jualan kepada pelanggan atau belian peribadi pada e-Store miliknya, melayakkannya untuk mendapat komisyen.

1.2. Komisyen yang diberikan oleh Stormreaders Network adalah sebanyak 20% daripada nilai harga jualan yang telah ditetapkan (katalog) dan akan dikira setiap hari.

1.3. Tiada had minima atau maksima dan ahli layak memilikinya setiap hari selagimana aktiviti jualan dan belian berlaku pada e-Store miliknya sendiri.

1.4. Penghantaran akan dibuat terus dari pusat pengedaran Stormreaders Network kepada pelanggan e-Store ahli dan status penghantaran boleh disemak dengan menggunakan system yang telah disediakan.

2. Bonus Jualan e-Store Tajaan (10% nilai jualan e-Store tajaan)

2.1. Sebagai tambahan, ahli juga akan menikmati Bonus ‘overriding’ jualan atau belian yang berlaku pada e-Store di bawah rangkaian yang telah ditaja sendiri, iaitu sebanyak 10%.

2.2. Ahli perlu mencapai tahap jualan minima RM500 sekiranya ingin menikmati bonus ‘overriding’ ke atas semua e-Store tajaan ahli.

3. Bonus e-Store Global (Perkongsian 5%)

3.1. Bonus e-Store Global adalah perkongsian bahagian 5% daripada jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network.

3.2. Setiap ahli yang berjaya mencapai tahap tertentu jualan e-Store layak untuk memiliki bahagian-bahagian yang ditetapkan di dalam Bonus e-Store Global dan akan dikira pada setiap hujung bulan.

3.3. Jumlah bahagian perkongsian yang layak untuk ahli miliki adalah seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah.



4. Komisyen Jualan Peribadi (15% nilai mata jualan peribadi)

4.1. Komisyen Jualan Peribadi adalah pendapatan hasil daripada usaha memperkenal, menaja dan seterusnya membuat jualan peribadi kepada rakan pengedar baru di dalam rangkaian.

4.2. Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Rakan Pengedar’ untuk membolehkan ahli menaja ‘Rakan Pengedar Baru’.

4.3. Tiada had minima atau maksima untuk memiliki Komisyen Jualan Peribadi. Ahli layak memilikinya selagimana ianya adalah usaha dan penjaan ahli sendiri.

5. Bonus Jualan Kumpulan (15% nilai mata jualan kumpulan)

5.1. Komitmen dan kerjasama di dalam perkhidmatan dan aktiviti jual beli di dalam rangkaian membolehkan ahli untuk menjana pendapatan berterusan melalui Bonus Jualan Kumpulan.

5.2. Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Pengedar’ untuk menikmati Bonus Jualan Kumpulan

5.3. Ahli layak menerima pendapatan mingguan daripada Bonus Jualan Kumpulan sehingga kepada tahap maksima mingguan iaitu sebanyak RM4,500 atau 25% daripada jumlah jualan harian syarikat.

5.4. Ahli perlu membina dan memastikan sekurang-kurangnya 3 kumpulan aktif untuk mula menjana Bonus Jualan Kumpulan dengan setiap kumpulan masing-masing mempunyai gabungan mata (CP) minima 100CP:100CP:100CP dimana setiap 100CP membawa nilai bonus 15bv (sila rujuk rajah Bonus Jualan Kumpulan).

5.5. Setiap mata (CP) yang tidak bergabung akan dibawa kepada keesokan harinya untuk digabungkan dan seterusnya menjana nilai bonus (bv) sehingga kepada tahap maksima mingguan.

5.6. Baki 100CP:100CP yang tidak bergabung pada setiap hujung minggu akan menerima bonus perkembangan kumpulan iaitu 10bv untuk setiap gabungan.

5.7. Mata (CP) yang tidak bergabung dan tidak melebihi 10,000CP (setiap kumpulan besar, pertengahan dan kumpulan-kumpulan kecil) akan dibawa ke minggu seterusnya.



100CP : 100CP : 100CP

* Gabungan mata (100CP:100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 45bv (harian)

Gabungan mata (100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 10bv (mingguan)

Rajah Bonus Jualan Rangkaian

6. Bonus Jualan Rangkaian Global (Perkongsian 3% GNRSV)

6.1. Bonus Jualan Rangkaian Global adalah perkongsian bahagian 3% daripada jumlah jualan seluruh rangkaian Stormreaders Network dan akan di kira setiap bulan.

6.2. Setiap ahli yang telah berjaya maju dan mencapai kepada tahap kepimpinan layak untuk memiliki perkongsian bonus ini mengikut nilai perkongsian yang telah ditetapkan.

Sila lihat jadual di bawah:



6.3. Jumlah perkongsian pada bulan-bulan seterusnya akan bergantung kepada tahap pencapaian masing-masing pada bulan tersebut dan tidak bergantung kepada tahap kepimpinan yang telah dicapai pada bulan-bulan sebelumnya.

7. Bonus Kesetiaan Kumpulan (15% nilai mata jualan bulanan kumpulan)

7.1. Setiap ahli yang telah membina kumpulanya dan mencapai tahap kepimpinan akan menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan setiap bulan selagimana kumpulan di bawah kepimpinannya terus aktif mencapai tahap jualan minima bulanan masing-masing (20CP).

7.2. Pendapatan maksima bulanan Bonus Kesetiaan Kumpulan bergantung kepada Tahap kepimpinan yang telah dicapai oleh ahli. Sila lihat jadual di bawah.



8. Bonus Kesetiaan Kumpulan Global (Perkongsian 3% GNMSV)

8.1. Setiap ahli yang telah mencapai tahap kepimpinan dan berjaya mengekalkan jumlah belian bulanan kumpulan, layak untuk menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan Global iaitu perkongsian 3% daripada jumlah belian seluruh rangkaian global syarikat.

8.2. Jumlah perkongsian yang layak dimiliki bergantung kepada jumlah belian bulanan kumpulan seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah:



9. Tabung Umrah & Pelancongan (Perkongsian 2% GNMSV)

9.1. 2% daripada jumlah jualan bulanan ulangan global akan dikumpulkan ke dalam Tabung Umrah & Pelancongan ahli dan boleh digunakan untuk mengerjakan umrah atau melancong.

Penilaian Syariah

Penilaian Hukum Syariah Bagi Pelan Pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabatnya dan setiap mereka yang menuruti jalan lurus panduannya.

Setelah dilakukan semakan dan perbincangan berkenaan plan perniagaan yang diberikan, sekadar kemampuan kami, berikut disertakan hasil semakan ke atas pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd:-

1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan?

Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada "subject matter" dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd.

Duit
2. Menjadi Ahli

Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:

* Kit Permulaan Perniagaan = RM30
* Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
o Insuran Takaful RM20,000
o Khairat Kematian RM3,000
* Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)



Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:

1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.

2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).

3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.



Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.

Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan "Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.



Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:

2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi

Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.



2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi.

Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.


3. Menjadi Pengedar

Ahli boleh maju kepada peringkat ‘Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300).

Syariah: Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang dari pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh aqad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat aqad jual beli (Muqtada al-Aqd)

3.1. 5% Komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (direct sponsor)

Syariah: Didasari oleh aqad Hibah dari satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syariah.

3.2. 10% Bonus ‘overriding’ e-Store tajaan peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan).

Syariah: Aqad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal.

Janji Hibahnya berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10 % dari harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Aqad ini juga boleh ditakyif sebagai jualah iaitu :-

Syarikat menawarkan 10% dari nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Aqad seperti ini juga harus di sisi Islam.

3.3. 5% Bonus ‘overriding’ jualan kumpulan rangkaian sehingga jumlah maksima RM4500 seminggu atau 25% daripada jumlah jualan harian kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan).

Syariah: 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas aqad Jualah.

3.4. 3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV - Perkongsian daripada 3% jumlah jualan rangkaian global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian.

Syariah: 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia di dasari oleh Hibah.

Tafakur
4. Menjadi Pemimpin

Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20 mata (RM60) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian.

Syariah: Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh aqad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan unutk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini, komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhan Ju’alah.

Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut:

4.1. 5% Bonus kesetiaan kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat.

Syariah: Ia terbina dari aqad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu.

4.2. 5% Bonus kesetiaan kumpulan global (GNMSV) - Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).

Syariah: Ia terbina dari aqad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah syariah dalam perkara ini.

4.3. Tabung Umrah & Pelancongan (Simpanan dari Perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).

Syariah: Ia juga adalah dari jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.



Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan bisnes ini menepati hukum Islam.

Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komentar membina dari pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas dari semakan dan pemerhatian kami.

Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas plan atau salahlaku mana-mana individu dari syarikat atau ahli dalam menjalan aplikasi plan dan bisnes ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami.



Wallahu’alam. Sekian.



Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
Penasihat Syariah
Stormreaders Network Sdn Bhd
13 Ramadhan 1430H

Kata Alu-aluan Pengasas

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka Stormreaders Network Sdn. Bhd. dapat ditubuhkan. Setiap cadangan dan nasihat pakar yang kami terima terutamanya di dalam bidang syariah, perundangan dan ekonomi telah diambil kira pada setiap perancangan dan perlaksanaan agar segala usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat berjalan lancar dan seterusnya impian untuk membentuk sebuah masyarakat yang gemar membaca dan berilmu menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda, usahawan berpotensi, berdedikasi dan berdisiplin ke dalam keluarga Stormreaders. Dengan penglibatan anda yang aktif, cekal serta bertawakal, insya Allah segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan.

Bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah teras kepada kejayaan kami, menjadi asas kepada ukhuwah yang terjalin… dan kehadiran anda mengukuhkannya…

Saya yakin dengan produk-produk yang berkualiti, bermanfaat serta tiada tarikh luput ini akan mempermudahkan anda untuk membina sebuah rangkaian perniagaan yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang akan bersama-sama anda mengecap kegemilangan. Ayuh bersama-sama kita berusaha menyebarkan sejauh mungkin dan seterusnya membantu mewujudkan sebuah generasi yang kaya dengan ilmu!

Hj Waharb Yusoff

Bantu-membantu dan bekerjasama adalah teras kepada kejayaan

“Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkatan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.”

Saya berharap segala maklumat, garis panduan dan kelengkapan yang telah disediakan di dalam Kit Permulaan Perniagaan ini akan membantu anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Tulus Ikhlas
Hj. Abdul Waharp Yusof
CEO, Pengasas
November 17, 2008

Ahad, 24 Januari 2010

Hubungi

Sila isi maklumat anda di bawah untuk kami hubungi anda.

Nama Penuh:




No.Telefon:




Email:







Beli Buku

 

© 2010 lankub. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN